1- Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan mengikut jantina.
2- Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
3- Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.
4- Jangan bertanya melainkan jikalau ditanya guru.
5- Jangan menyangkal kata-kata guru.
6- Jangan mengumpat pelajar lain.
7- Jangan berbisik di hadapan guru.
8- Jangan berpaling kiri dan kanan.
9- Jangan menyoal semasa guru kepenatan.
10- Berdiri apabila guru bangun ( ketika guru keluar dan masuk )
11- Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun 1000 kali.
12- Rujuk guru dalam memilih ilmu.
13- Jangan duduk di tempat guru.
14- Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.
15- Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya.
16- Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya.
17- Muliakan anak-anak guru.